Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba kelainan dalam masakan dan cuba resipi bawal goreng tom yam ini. Rasanya sedap dan pasti memikat selera.

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal saiz sederhana

BAHAN SOS:
4 batang serai – di titik
2 biji tomato – potong bulat
2 labu bawang besar – potong bulat
2 kiub tom yam
10 tangkai cili padi – buang tangkainya
4 helai daun limau purut – belah dua
3 sudu besar jus limau nipis
4 sudu besar minyak masak
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
5 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1/2 inci halia – kisar
2 cawan air
2 sudu tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit dan goreng sehingga garing, ketepikan.
2.Untuk sos, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
3.Masukkan kiub tom yam, sos-sos, garam dan gula dan kacau rata.
4.Masukkan jus limau nipis, cili padi, bawang dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5.Masukkan tomato, daun limau purut dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar sebelum di tutup api.
6.Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan.

Resipi: Ramlah Mohamed


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram