SEBUAH pantai di Llanes, Sepanyol boleh dikatakan seperti menyimpang daripada hukum fizik semula jadi alam kerana tiada air laut yang kelihatan.

Pantai ini terletak kira-kira 100 meter dari sebuah teluk yang dikenali Bay of Biscay. Apa yang menghairankan, air pantai ini mengalir tanpa henti dari sebuah gua berhampiran.

Meskipun kelihatan seperti sebuah tasik, namun kandungan airnya tetap masin seperti air laut. Uniknya lagi, pantai yang berkeluasan 40 meter persegi ini turut kelihatan gelombang-gelombang kecil yang membentuk seperti ombak.  

Pantai tanpa laut, fenomena unik di Sepanyol.

Sungguh pelik kerana tiada langsung aliran air laut yang wujud sekali gus membentuk sebuah pantai.  Meskipun lokasi pantai itu hampir dengan sebuah teluk, namun tidak diketahui dari mana datangnya kandungan air masin tersebut.  

Apa yang menjadi tanda tanya, dari manakah punca aliran air masin itu datang? Jika dari bawah tanah, sudah pasti kandungan airnya akan berasa tawar.  

Mengikut laporan sebuah akhbar tabloid, Herald Sun, misteri kewujudan aliran di pantai itu masih belum terungkai sepenuhnya kerana tiada kajian yang mendalam pernah dilakukan oleh penyelidik tempatan mahupun antarabangsa.

Bagaimanapun, fenomena alam itu telah menarik perhatian ribuan pelancong dari dalam dan luar negara. Sepanjang tahun, pantai ini sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia untuk merasai mandi-manda di pantai tersebut.

Masih belum banyak kajian mendalam dilakukan terhadap fenomena air pantai ini.

Keunikan pantai yang turut digelar sebagai The Gulpiyuri Beach ini turut mendapat liputan meluas oleh media tempatan dan juga luar negara. Ia menjadi satu berita hangat yang diperkatakan oleh semua orang yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kejadian tersebut berlaku. Malah, terdapat segelintir daripada masyarakat menggelar fenomena unik ini sebagai Beach without sea atau pantai tanpa laut.

Ada yang mengemukakan beberapa teori mengenai kewujudan pantai berkenaan. Kebanyakan daripada mereka percaya bahawa aliran air masin itu kemungkinan berasal dari teluk berhampiran.

Ramai percaya air masin ini datang dari teluk bersebelahan pantai ini.

Tidak kurang juga yang berpendapat mungkin ia berlaku disebabkan faktor profil tanah dan perubahan bentuk muka bumi. Keadaan tanah di sekitar pantai selalunya terdiri daripada jenis tanah berpasir yang mudah menyerap air. Ia akan menyebabkan kadar serapan lebih tinggi daripada kadar aliran air. Mungkin disebabkan itu, kandungan air masin di dalam pantai tersebut sebenarnya adalah air laut  dari teluk Bay of Biscay.

Selain faktor tanah, perubahan bentuk muka bumi juga memungkinkan perkara seperti ini berlaku. Sebagai contoh, kewujudan aliran air di bawah tanah yang tidak dapat dilihat kerana ditimbus oleh batu atau tanah. Dengan kata lain, terdapat struktur laluan air di dalam tanah yang membawa air laut tersebut ke pantai tersebut.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com