PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat lawatan mengejut ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ismail Sabri menerusi hantaran di akaun Facebooknya berkata, kompleks itu sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.

Beliau turut melihat segala kemudahan yang terdapat di kompleks tersebut dan melakukan beberapa teguran untuk penambahbaikan.

“Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia.

“Kekurangan ini perlu diselesaikan segera untuk kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama negara,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Pelaksanaan semula GST masih peringkat kajian – Ismail Sabri

Sementara itu, Onn Hafiz menerusi hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas lawatan tersebut.

“Terima kasih Perdana Menteri yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI.

“Semoga dengan lawatan ini akan membawa limpahan rahmat kepada pengguna-pengguna,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram