PENYANYI Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dan meluangkan masa bersama anak lelakinya, Zaki Yamani hari ini, sekaligus meyangkal dakwaan ada berlaku perselisihan faham antara mereka.

Menurut Jamal,63, dia bertemu dengan Zaki,16, di sebuah hotel di ibu negara dan pertemuaan itu antara momen yang cukup dinantikan selepas sekian lama tidak berjumpa.

“Zaki ada menyertai sebuah program realiti jadi pihak terbabit ada menyediakan hotel kepada peserta. Saya bertemu dengan Zaki di hotel penginapannya semalam.

“Saya sifatkan perjumpaan itu sangat berkualiti, kami bersembang bersama. Saya juga ada membelikan dia baju ‘sweater’ berwarna merah yang boleh dipakai ketika dia meenyertai pertandingan realiti itu nanti,” katanya ketika dihubungi URTV.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan jolokan Raja Pop itu mengakui tidak ada halangan untuk dia bertemu dengan anak keduannya itu seperi khabar angin yang bertebaran sebelum ini.

“Kami dah lama tak berjumpa sebab itu mungkin Zaki ada rasa malu nak bertemu dengan saya. Tiada halangan untuk saya berjumpa dengan anak saya.

“Ialah buat nak gaduh-gaduh dengan bekas isteri nanti akhirnya anak yang jadi mangsa. Tak guna juga.

“Jadi saya ambil pendekatan tidak mengapa, diamkan sahaja dan tak perlu buat apa-apa,” luahnya.