Sedapnya kari kepala ikan utara ni! Jom ikuti langkah demi langkah penyediaan juadah yang dikongsi oleh Datin Suriani ini. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
650 gm serbuk kari ikan
50 gm serbuk kunyit
70 gm serbuk jintan putih
650 gm bawang besar
250 gm bawang putih
70 gm cili merah
70 gm cili hijau
20 gm daun ketumbar
250 gm air asam jawa
350 gm tomato
350 gm terung bulat
360 gm kacang bendi
20 gm daun kari
Garam secukup rasa
120 gm yogurt
800 gm kepala ikan merah

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bawang putih, bawang merah, serbuk kari ikan, serbuk kunyit dan jintan putih gaul bersama. Kemudian tumiskan hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan masukan air asam jawa dan yogurt. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
3.Masukan ikan, cili merah, cili hijau dan garam secukup rasa.
4.Akhir sekali masukkan tomato, kacang bendi dan terung bulat. Setelah masak hidangkan

Resipi: Datin Suriani


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram