Gambar hiasan.

INSIDEN seorang lelaki yang dipercayai mengamuk di Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar semalam kini disiasat polis.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalthrash Wahid, laporan daripada pemandu kenderaan yang berada di lokasi kejadianya diterima pihak polis kira-kira jam 7.12 petang.

Jelas beliau, walaupun laporan polis dibuat di Ipoh, siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

“Suspek dan semua saksi kejadian akan dikesan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di jalan awam,” katanya memetik laporan Bernama.

Baca artikel berkaitan: Pekerja balak mengamuk, cederakan anggota polis dan bakar kereta peronda

Terdahulu, gambar seorang lelaki menjadi tular apabila dia memberhentikan kenderaan di lorong kanan lebuh raya tersebut di media sosial.

Pengguna media sosial mendakwa suspek yang memberhentikan kenderaan keluar dan mengamuk sambil memegang rantas emas.

Suspek juga didakwa memanjat kenderaan berdekatan selain menendang kenderaan pengguna lebuh raya yang lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram