Ahli Parlimen Aulong, Nga Kor Ming. GAMBAR: Facebook Nga Kor Ming

PEMIMPIN DAP, Nga Kor Ming menggesa rakyat agar tidak berdiam diri berhubung isu larangan sambutan Festival Bon Odori yang hangat ketika ini.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Aulong secara sinikal turut menyuarakan kebimbangan sekiranya sambutan perayaan Thaipusam dan Hari Gawai akan turut dilarang selepas ini.

“Bon Odori menjadi isu hangat baru-baru ini. Isu sebenar bukanlah ia diadakan di Malaysia sejak 1977.

“Isunya sama ada kita mahu pihak berkuasa terus perintah dan memecahbelahkan kita.

“Jika kita berdiam diri, seterusnya mungkin Thaipusam, selepas itu Gawai atau perayaan pertengahan musim luruh,” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter beliau.

Baca artikel berkaitan:Festival Bon Odori erat semangat muhibbah rakyat Malaysia dan Jepun – Sultan Selangor

Terdahulu, penganjuran Festival Bon Odori pada 16 Julai depan telah mencetuskan perdebatan ekoran dikatakan mengandungi unsur keagamaan lain.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagaimanapun tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri festival tersebut yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic).

Selain itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandangan Festival Bon Odori yang diraikan di Malaysia sejak berpuluh tahun, merupakan satu perayaan kebudayaan bagi mengeratkan semangat muhibah antara rakyat Malaysia dengan komuniti masyarakat Jepun yang bekerja dan bermastautin di negara ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram