Dari kiri hadapan,Dato Faridah A wakili MPM, Dato Dr Hasan Mad wakili UPM dan MPM Sdr Zahid Ismail wakili MPC Belakang dari kanan ke kiri Dr Kamil Yusoff, GM UPM ET Sdr Azrul Reza Aziz CEO UPM Holdings Sdr Sallehuddin dari Salihin & Co Hj Razak Kassim, Pengerusi Kluster2 Ekonomi MPM Dr Ahmad Ambok Ketua Kluster Ekonomi Biru MPM Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut. Konsortium Koop Ukhwah Prof Dr Nizar Hamidon, Pengarah Inst Nanotech UPM

MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) mencadangkan agar inisiatif menangani masalah sekuriti makanan diletakkan di bawah projek diraja.

Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad berkata, beliau berharap inisiatif tersebut dapat diperakui Seri Paduka sebagai tanda sokongan.

Menurut Hasan, MPM bersama-sama Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat untuk menyumbang kepada penyelesaian permasalahan tersebut.

“Antara projek atau usaha yang sedang giat dilaksanakan dan projek baru yang akan dilaksanakan adalah perikanan laut dalam yang berpangkalan di Tok Bali, Kelantan.

“Selain itu, turut diusahakan adalah beberapa projek ekonomi halal oleh para pemain Kluster Ekonomi Halal MPM serta beberapa projek pemula dalam bidang teknologi nano di Institiut Nanosains dan Nanoteknologi UPM.

“Dalam bidang penyelidikan ekonomi halal, Institiut Penyelidikan Produk Halal UPM (IPPH UPM) merupakan antara peneraju utama penyelidikan dan latihan dalam bidang ekonomi ini,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Krisis sekuriti makanan perlu ditangani segera – Agong

Mengulas lanjut, Hasan berkata, komitmen yang ditunjukkan itu bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar masalah survival rakyat dalam menghadapi krisis tersebut ditangani segera.

Jelas beliau, MPM bersama-sama UPM dan MPC komited untuk menangani krisis sekuriti makanan dalam negara.

Mengulas lanjut, Hasan turut menzahirkan harapan agar segala inisiatif untuk menangani krisis makanan dalam negara disokong semua pihak.

“Apabila Baginda memilih menyentuh isu krisis makanan sebagai kandungan utama titah ucapannya, ia memberikan gambaran amat jelas Baginda amat bimbang akan tatacara krisis sekuriti makanan ini dikendalikan.

“Baginda turut mengingatkan para pemimpin agar tidak sering terjebak dengan pertelagahan setiap kali berdepan dengan krisis seperti ini, sebaliknya wajib fokus kepada jalan penyelesaian dan mengutamakan kebajikan rakyat jelata,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram