SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan penyanyi rock tersohor negara, Amy Search. GAMBAR: Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan penyanyi rock tersohor negara, Amy Search.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman yang juga anak kelahiran Johor turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album Gothik Malam Edan.

Kehadiran Amy turut disertai anggota kumpulan Search iaitu gitaris, Hillary Ang; Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud.

Kesemua ahli kumpulan Search itu juga merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Baca artikel berkaitan: ‘Kunci’ Search ada pada Din & Kid – Hattan

Kumpulan Search turut mempersembahkan beberapa cenderamata lain kepada Sultan Ibrahim.

Minggu lalu, Amy bersama ahli kumpulannya mengadakan Konsert Endemik Search selama dua malam iaitu pada 4 dan 5 Jun.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu berlangsung selama lebih dua jam dengan kumpulan tersebut mendendangkan 22 lagu-lagu popular mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram