PENYANYI yang juga ahli kumpulan Dolla, Sabronzo dikecam netizen setelah memuat naik sebuah video melakukan tarian ‘twerk’ di akaun TikTok miliknya.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, turut memperlihatkan beberapa lagi ahli Dolla yang lain antaranya Tabby, Angel dan Syasya menari sekaligus netizen menyifatkan perbuatan itu agak keterlaluan.

Sabronzo atau nama sebenarnya Sabrina Rusli yang mengenakan pakaian jenis ‘crop top’ menulis di ruang kapsyen perkongsian tersebut, ‘Party with us’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan netizen bersetuju bahawa tingkah laku sebegitu tidak harus ditayangkan lagikan pula dia adalah wanita yang beragama Islam.

“Melampau sangat ni.

“Aku harap Sab dapatlah bertaubat secepat mungkin.

“Saya tahu saya tidak berapa alim tapi tolonglah kita sama-sama berubah,” tulis para pengikutnya.

Selain itu, netizen turut membandingkan pakaian yang dikenakan oleh penyanyi tersebut dengan rakan-rakannya yang turut serta dalam video tersebut.

“Yang dua orang tu walaupun mereka bukan beragama Islam tapi mereka tahu batas pemakaian. Bravooo.

“Yang lain elok aja pakaiannya.

“Malu dekat Angel dan Tabby,” tulis para netizen di ruangan komen.

Di samping keriuhan ruang komen dengan kecaman dan cemuhan yang dilontarkan oleh netizen, ada juga yang menitipkan doa supaya penyanyi lagu Raya, Raya, Raya itu cepat kembali kepada pangkal jalan dan menjadi umat Islam yang lebih baik.

Untuk rekod, video yang dimuat naik beberapa hari lalu itu, telah meraih 2.5 juta tontonan dan 203 ribu tanda suka.