Tangkap layar rakaman video yang memaparkan aksi sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat hiburan.

SERAMAI 17 lelaki yang bertindak membuat kecoh dengan bergaduh di hadapan sebuah premis pusat hiburan dekat Bandar Utama, Batu 6 di Sandakan ditahan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 40 tahun itu ditahan selepas pihaknya mengesan rakaman pergaduhan yang tular di laman sosial.

Katanya, pergaduhan terbabit dipercayai berlaku pada hari Sabtu lalu, pukul 11.30 malam.

Baca artikel berkaitan: Dua pekerja maut di SSI dipercayai terjatuh ketinggian 27 meter

“Semua suspek masih ditahan reman untuk membantu siasatan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan,” katanya menerusi laporan Deasoka.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Sekseyn 147 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram