Tangkap layar memaparkan dua lelaki bergaduh gara-gara enggan beri laluan.

GARA-GARA enggan mengetepikan kenderaan, dua lelaki bertumbuk sesama sendiri dalam satu kejadian dekat Persiaran Kerjaya Glenmarie, Shah Alam, pukul 7.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pergaduhan berpunca apabila pemandu Naza Ria enggan memberi laluan kepada seorang penunggang motosikal untuk meneruskan perjalanan.

“Berlaku pertengkaran mulut antara penunggang motosikal dan pemandu kereta berusia 29 tahun yang membawa kepada pergaduhan sebelum dileraikan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penunggang motosikal berusia 31 tahun itu telah membuat laporan polis selepas kejadian pergaduhan.

Baca artikel berkaitan : Lelaki maut bergesel sesama motosikal

“Kedua-dua individu telah dipanggil polis dan mereka telah bersetuju untuk menyelesaikan secara baik,” katanya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan pengadu telah menarik balik laporan polis yang dibuat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram