SEORANG anggota polis berpangkat Inspektor maut digilis lori di Kilometer 11, Lebuhraya Grand Saga menghala ke Kuala Lumpur, 4.45 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian, mangsa Inspektor Mohd Farhan Zahari dalam perjalanan ke rumah di Gombak dari arah Maktab Polis Diraja Malaysia.

Manakala pemandu lori berusia 30 tahun dalam perjalanan ke Jalan Kuchai Lama dari Hulu Langat.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal cuba memintas lori terbabit namun telah hilang kawalan kerana jalan berpasir sebelum terjatuh di hadapan tayar lori.

“Mangsa telah digilis oleh lori dan mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Enggan beri laluan punca dua lelaki bergaduh

Jelasnya, mangsa telah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Serdang dan proses bedah siasat akan dijalankan hari ini.

Mangsa maut digili lori.

Ujarnya, kenderaan yang terlibat telah ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah Kajang untuk pemeriksaan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram