Bosan asyik menu yang sama setiap hari? Jom cuba resipi tauhu dan cendawan sos tiram ini. Rasanya sedap dan cara penyediaan pun mudah.

BAHAN-BAHAN:
1 tin cendawan butang
250 gm cendawan kering – cuci dan rendam 2 jam hingga kembang
5 keping tauhu – belah 4
Suhun secukupnya
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
3 ulas bawang putih
100 gm daun bawang – hiris
Bebola ikan – ikut citarasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Ketuk bawang putih, tumis sampai naik bau.
2.Masukkan 250 ml air. Kemudian masukkan cendawan dan biarkan hingga mendidih.
3.Masukkan sos tiram, bancuhan tepung jagung, garam dan minyak bijan.
4.Setelah itu masukkan bebola ikan dan suhun.
5.Apabila suhun telah kembang tutup api. Tambahkan air jika inginkan lebih berkuah. Akhir sekali taburkan daun bawang diatasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram