PENDAKWAH bebas, PU Amin tampil membidas perilaku tidak senonoh yang ditonjolkan oleh empat orang selebriti dan usahawan terkenal iaitu Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet.

“Ingat balasan, ingat azab, ingat bala bencana Allah SWT,” demikian teguran yang diberikan oleh pendakwah tersebut selepas tular video keempat-empat personaliti tersebut melakukan aksi menepuk bahagian pungung di khalayak.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim berkata, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku apatah lagi semua individu tersebut sudah melangkaui usia matang.

“Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ke selepas ni. ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam tu sekali.

“Yang buat ni bukan anak orang, tapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ke fasal maruah diri, tak fikir ke fasal sensitiviti agama dan tak fikir ke anak-anak kecil kita tengok video macam ni?,” katanya dalam video perkongsianya di TikTok.

Dalam pada itu, PU Amin turut menegaskan perkara itu sering berlaku kerana masih ramai di kalangan masyarakat yang menyokong tindakan tidak bermoral individu-individu terbabit.

Tindakan tidak senonoh empat usahawan ini mendapat tentangan hebat orang ramai

“Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.

“Tak boleh kita meniaga jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula bala bencana,” ulasnya lagi.

Untuk rekod, video yang telah dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Kak KM di laman Instagram miliknya telah menaikkan api kemarahan warganet yang membanjiri ruang komen hantaran tersebut.