
EMPAT lelaki warga Nepal ditahan polis selepas bertindak biadap menghina Nabi Muhammad SAW dalam satu rakaman tular dipercayai dirakam di hadapan kuil di Batu Caves.
Menerusi rakaman video terbabit, sekumpulan warga asing menyatakan pendirian menyokong perjuangan ahli politik daripqda Parti Bharatiyaa Janata, iaitu Hindu Samachar serta Nupur Sharma yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 27 tahun itu ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan bantuan Polis Daerah Klang Utara.
“Kesemua suspek ditangkap di kawasan Meru, Klang pada hari ini.
“Turut dirampas ialah peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik video terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Video warga asing hina Nabi Muhammad di Batu Caves disiasat
Sehubungan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jelasnya, polis kini giat mengesan suspek dalam rakaman terbabit yang masih lagi bebas.
Semalam, UtusanTV melaporkan polis telah menerima laporan berhubung penularan video penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @gangarammahato280.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram