DUA pelajar dari sebuah pusat pengajian pondok dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh, Kota Bharu, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata, sebaik menerima panggilan mengenai laporan tersebut pukul 7.16 malam, enam anggota BBP Pasir Tumboh bersama lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat saksi, kedua-dua mangsa dilihat kali terakhir mandi dalam sungai itu pukul 6.45 petang, sebelum tenggelam.
Baca artikel berkaitan: Tiga wanita bersaudara lemas di Sungai Lata Changkah
“Anggota PPDA menjalankan selaman serta pencarian dibuat di permukaan sungai dalam radius 200 meter sekitar mangsa tenggelam.
“Maklumat awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hafiz, 17, dan Mohd Lokman, 18, pergi ke sungai tersebut bersama sembilan lagi rakan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung semula pagi ini, dan difahamkan jarak antara lokasi kejadian dengan pondok pengajian pelajar tersebut adalah kira-kira 200 meter.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram