Pengarah Urusan Fandbee, Gareth Tan.

Pengedar makanan generasi ketiga, Fandbee mengumumkan rancangan melebarkan sayapnya ke seluruh negara dan Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.

Syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai Lee’s Fandbee akan melabur sebanyak RM100 juta bagi tujuan itu dan telah mengenal pasti beberapa lokasi strategik.

Menurut pengarah urusan Fandbee iaitu Gareth Tan, lokasi itu termasuk Bukit Mertajam, Alor Setar dan Kuala Terengganu.

Katanya, Fandbee yang sebelum ini sinonim dengan membekalkan bahan-bahan berkualiti restoran pada harga mampu milik kepada pengendali makanan kini mempunyai misi baharu.

“Kami kini antara pengedar yang paling pesat berkembang dan paling inovatif di Asia
Tenggara dengan pusat operasi kami di Malaysia, Kemboja dan Vietnam.

“Kami juga sedang mempertimbangkan untuk berkembang ke dua negara lain tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, perkara tersebut seiring dengan misi syarikat yang baharu iaitu berusaha ke arah kesaksamaan makanan dengan menawarkan produk berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.

“Bagi mewujudkan kesaksamaan makanan, kami perlu mempunyai kelebihan kos yang lebih rendah. Ini bermakna kuantiti pesanan kami perlu cukup besar bagi merunding harga kos yang kompetitif dengan pengeksport di seluruh dunia,” kata Gareth.

Jelasnya, Fandbee dapat mencapai hasrat untuk menawarkan harga kos rendah dengan meluaskan operasi syarikat dan menggabungkan teknologi canggih.

Baca artikel berkaitan: Paul Pogba sertai syarikat fintech Islam, Wahed sebagai duta jenama

Mengulas lanjut, syarikat Fandbee sudah mula bertapak pada tahun 1962 sebagai Lee’s Frozen di Kampung Attap dan semakin berkembang pada tahun 2002 apabila mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 5,000.

“Perniagaan kami telah bertahan selama tiga generasi di atas sokongan padu rakyat Malaysia. Oleh itu, kami akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat Malaysia dalam pelan perkembangan operasi kami”.

Malah, Fandee juga berjaya mengorak langkah dengan memperluaskan operasi ke 14 buah cawangan di seluruh Lembah Klang dan menawarkan peluang pekerjaan buat 300 individu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Sehingga kini, Fandbee telah membuka 17 cawangan di seluruh Lembah Klang, sebuah di Bukit Mertajam dan dua lagi di Terenganu dan Klang.

Gareth berkata, Fandbee berhasrat untuk menubuhkan cawangan syarikat di seluruh Malaysia dan menjadi satu-satunya jenama runcit milik rakyat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram