tawaf tujuh pusingan

Menurut Profesor Norhisham Wahab, Pengasas Colour Vibration Therapy,  apabila bercerita tentang Mekah, secara tidak langsung akan juga turut menyentuh berkenaan Kaabah. Dan, apabila sebut Kaabah tidak dapat tidak mesti ada kaitannya dengan tawaf, ia adalah satu pergerakan secara lawan jam sebanyak tujuh kali.

Sebagaimananya manusia bertawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali mengikut lawan jam begitu juga seluruh cakerawala dan alam semesta bergerak dalam putaran yang sama. Pergerakan planet dan seluruh isi alam penuh dengan tertib dan mengikut hukumnya seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.

Hal yang sama juga berlaku ketika manusia tawaf, penuh dengan tertib, peraturan, hukum dan adab. Ia terdapat persamaan dengan pergerakan alam tabi’e kerana tujuh itu adalah peraturan.

Sebab itulah apabila menjalani ibadat haji maka ada banyak hukum dan tertib yang perlu diikut iaitu tawaf sebanyak tujuh kali, sa’i tujuh kali berjalan ulang alik bukit Safa dan Marwa serta melontar jumrah juga dengan tujuh ketul batu kerikil. Tujuh itu adalah juga membawa maksud  banyak yang penuh dengan tertib dan teratur, jika dilanggar maka akan dikenakan denda.

Semua perbuatan di dalam ibadat haji itu adalah pergerakan yang sama dengan hukum alam yang bergerak dengan keadaan tersendirinya mengikut orbit dan paksinya. Kalau tidak ada pergerakan itu dibimbangi bumi akan kehilangan paksinya dan kuasa kemagnetannya.

Baca artikel berkaitan: Rahsia dan istimewanya angka ganjil serta nombor 7 dalam islam

Selagi ada orang tawaf di muka bumi ini maka bumbung dan tiang-tiang langit akan terus kukuh. Suatu hari nanti apabila tidak ada lagi orang tawaf, maka ketika itu dunia akan hilang kestabilannya. Kaabah adalah penstabil bumi dengan adanya simbolik tawaf yang tidak putus.

Berdoa di hadapan Kaabah makbul kerana di situ adalah tempat yang sentiasa ada pergerakan tawaf yang mesti dilakukan sebanyak tujuh kali tidak kira sama ada yang wajib atau sunat. Tujuh itu juga simbolik keberkatan kerana kita berdoa di tempat yang ada pergerakan, segala ketetapan boleh diubah dengan doa. Kemudian barulah datangnya ikhtiar dengan diberi jalan dan laluan yang terang benderang oleh Allah.

Kedudukan nombor tujuh pada badan adalah sama dengan frekuensi hati, rahsia yang terang adalah dengan hati yang bersih. Sebab itulah selepas tawaf disunatkan minum air zamzam kerana ia akan membersihkan hati.

Ibadah Sa’i juga dilakukan dengan 7 kali berulang alik dari bukit Safa ke Marwa

Air zamzam adalah air yang bersifat garam yang boleh mengubah sesuatu tambah-tambah sesiapa yang minum ketika tengah hari iaitu ketika waktu kuning. Ketika itu semuanya berjalan dalam keadaan keserentakan, jadi syaitan pun susah untuk menggoda.

Simbolik melontar jamrah

Kemudian melontar jamrah dengan tujuh biji batu kerikil juga memberi gambaran bahawa tujuh ketul batu sudah cukup banyak untuk merejam syaitan yang terlalu ramai. Tujuh adalah simbolik sesuatu yang banyak dalam ruang yang meliputi seluas-luasnya. Selain itu tujuh juga adalah simbolik sesuatu yang bertasbih memuji kebesaran Allah yang Maha Bijaksana.

Sebab itulah setiap orang diwajibkan sekali seumur hidup untuk mengerjakan haji untuk membersihkan hatinya kerana amalan yang dilakukan semasa haji dalam bilangan tujuh akan menjadi pembersih hati.

Apabila hati bersih baru ada visi kerohanian yang jelas jauh. Tujuh itu angka yang sangat bergetar, ia adalah rahsia emas sebab itulah tulisan pada kelambu Kaabah kena benang emas yang menjadi satu aturan lengkap pada angka tujuh. Segala niat yang terzahir atau tidak, doa yang terlafaz dan perbuatan akan dibalas dengan pantas. Wallahu a’lam

_________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare