SEORANG lelaki diberkas polis susulan bertindak menendang dan membaling batu ke arah dua ekor kucing dalam satu kejadian di kaki lima dekat bangunan kedai di Jalan Semeling Maju 1 dekat Bedong, Kedah pada 1.09 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian terbabit pada 12.03 tengah malam tadi.

Beliau berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di kediamannya di Kampung Pengkalan Merbok Bujang, Kedah pada petang tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek mendakwa dirinya mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis buru pemandu Bezza WD2343E, rempuh sekatan, langgar motosikal

Mengulas lanjut,hasil temu bual bersama ahli keluarga suspek mendapati suspek berbangsa Melayu itu adalah seorang pencinta kucing dan memelihara haiwan tersebut.

Jelasnya, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah bertindak menyelamatkan kucing yang diseksa suspek bagi tujuan rawatan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zaidy berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada esok hari bagi permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Saksi yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Mohamed Said di talian 013-7503680 bagi membantu siasatan”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram