Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan sepucuk pistol semi automatik jenis CZ 75 dan peluru serta sebutir bom tangan yang dirampas selepas berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah yang bergiat aktif di sekitar lembah klang ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEORANG penjenayah yang terlibat dalam kegiatan samun ditembak mati dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur pada kelmarin.

Ketua Polis kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dalam serbuan pukul 10 malam itu, suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum pihaknya membalas serangan terbabit bagi melindungi diri.

Beliau berkata, suspek ditemui dalam keadaan terbaring selepas keadaaan reda dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Sepucuk pistol semi automatik jenis CZ 75 dan peluru yang dirampas selepas pihak polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah yang bergiat aktif di sekitar lembah klang ketika sidang media Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Hasil pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan sepucuk pistol semi automaik jenis CZ 75 Compact yang mengandungi lima peluru hidup di dalam kelopak serta satu peluru di dalam silinder peluru (chamber),”katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau menambah, polis turut menemui sebutir bom tangan di dalam beg silang suspek.

Mengulas lanjut, polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa telah disamun tiga lelaki Cina dengan bersenjatakan pisau pada 11 November lalu pukul 6.30 pagi.

“Suspek telah masuk ke dalam kediaman mangsa di Tasik Sri Permaisuri, Cheras dan melarikan wang tunai, barang kemas serta tiga utas jam tangan mewah dengan nilai kerugian sebanyak RM693,000,” ujarnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jelasnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau dan tiga rekod masih dikehendaki selain pernah ditahan atas penglibatan 26 kes jenayah.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek pernah terlibat dalam kes bunuh, kes samun menggunakan senjata api, kes pemilikan senjata api, bom tangan dan peluru, kes pecah rumah, kes samun melarikan diri serta kes khianat.

“Susulan kejadian terbabit, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957”.

Baca artikel berkaitan : Lelaki China ditikam rakan senegara kerana cinta

Azmi berkata, susulan operasi tersebut, polis kini melancarkan ‘Op Tiger’ bagi mengesan dan menangkap saki baki rakan sejenayah suspek.

Sebutir bom tangan yang dirampas selepas pihak polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah yang bergiat aktif di sekitar lembah klang ketika sidang media Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Sehingga kini, seramai tujuh lelaki dan seorang wanita Cina telah ditahan di sekitar Lembah Klang.

“Polis juga berjaya merampas sepucuk pistol jenis CZ Compact dan dua buah kelopak mengandungi 28 peluru di sebuah gudang di Klang Utara, Selangor,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit boleh menghubungi Bilik Gerakan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram