Motosikal yang dirempuh pemandu Bezza dalam satu sekatan jalan raya. GAMBAR: Polis

POLIS kini memburu pemandu Perodua Bezza dengan nombor pendaftaran WD2343E yang bertindak melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Kilometer 0.4 Lebuhraya Sprint menghala ke Tol Damansara awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian terbabit berlaku ketika pihaknya menjalankan sekatan jalan raya ‘Op Alkohol’, pukul 2.10 pagi tadi.

Beliau berkata, suspek yang bertindak memecut kenderaan telah melanggar lari seorang penunggang motosikal yang sedang melalui sekatan tersebut.

“Penunggang berusia 46 tahun cedera ringan susulan pelanggaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca artikel berkaitan: Warga emas rugi RM652,500 ditipu Macau Scam

Sehubungan itu, polis meminta pemandu Perodua Bezza dan penungang tampil ke balai polis atau berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Azaruddin Mokhtarzad di talian 011-11713436 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram