Kari ikan tenggiri ini sedap makan bersama nasi atau roti. Memang padu! Jom lihat bahan dan cara penyediaan resipi ini.

BAHAN-BAHAN:
8 potong ikan tenggiri
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
8 tangkai cili kering
4 sudu makan rempah kari ikan
3 cawan santan cair
4 cawan santan pekat
3 biji tomato – dipotong empat
2 tangkai cili kering
Sedikit minyak masak

CARA MENYEDIAKAN :
1.Kisar terlebih dahulu bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
2.Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar tadi bersama daun kari sehingga naik bau.
3.Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sebentar.
4.Kemudian masukkan santan cair. Apabila mendidih masukkan pula santan pekat, ikan tenggiri dan tomato. Perasakan.
5.Biarkan ia masak dan hias dengan cili merah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram