Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. GAMBAR: Ihsan Media UMNO

KEMENTERIAN Pengajan Tinggi (KPT) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Sayembara Cerpen Parit Sulong 2022 (SAMPENG 2022) dalam usaha untuk memperkukuhkan penghayatan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, tujuan utama program tersebut adalah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai lembayung ilmu kepada penulisan kreatif dan puitis.

Jelas beliau, ia juga selaras dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memperkasa pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan.

“Sayembara ini berupaya menggilap penulis cilik untuk menghasilkan karya kreatif dan inovatif.

“Ini akan menggalakkan peserta untuk menzahirkan pemikiran kreatif dan kritis mereka ke dalam bentuk penulisan yang berimpak positif.

“Tambahan pula, bahasa Melayu juga telah terbukti sekian lama dalam menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: DAP hipokrit mahu pertahan, junjung kedudukan bahasa Melayu

Mengulas lanjut, Noraini berkata, kemegahan menggunakan bahasa Melayu untuk menyampaikan sesuatu idea masih wajar untuk dikekalkan.

Beliau berkata, bidang penulisan kreatif boleh dianggap sebagai satu bidang yang wajar diperkenalkan secara lebih menyeluruh di semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Jelas Norainim hal itu kerana banyak nilai-nilai murni yang intrinsik dan ekstrinsik yang diselitkan dalam sesebuah karya seperti cerpen.

“Nilai-nilai seperti ini, jika dicerap melalui pembacaan akan membentuk kemahiran insaniah dan sahsiah diri yang tinggi kepada pembaca,””jelasnya.

Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, sayembara itu amat bertepatan dengan aspirasi penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jelas beliau, UKM melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) telah dipilih sebagai Sekretariat Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institusi Pengajian Tinggi Negara-negara ASEAN oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“Antara peranan jawatankuasa ini adalah untuk merancang pemetaan program kerjasama melalui pelbagai aktiviti pengembangan bahasa Melayu di IPT di negara-negara ASEAN,” katanya.

Mohd Ekhwan menambah, beliau turut berbangga terhadap penyertaan dan usaha pelajar yang mempamerkan kebolehan masing-masing dalam penulisan karya kreatif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram