kajian lelaki lebih jahat
Sekadar gambar hiasan

SEORANG lelaki ditangkap selepas bertindak agresif dengan menyerang anggota polis yang sedang menjalankan tugas dalam satu kejadian di Kawasan Taman Sri Manja, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal telah membuat laporan mengenai tangkapan terbabit pada pukul 8.50 malam.

Beliau berkata, pengadu telah didatangi seorang lelaki warga tempatan pada pukul 6.30 petang.

Jelasnya, lelaki terbabit telah meminta bantuan polis menjalankan pemeriksaan terhadap seorang suspek yang sedang berada di dalam sebuah kenderaan.

Baca artikel berkaitan : Murid maut selepas rempuh MPV

Bertindak atas aduan, pengadu dan rakan setugas telah mengarahkan suspek berusia 26 tahun itu untuk keluar dari kenderaan bagi pemeriksaan badan.

“Secara tiba-tiba suspek merangkul leher pengadu dari belakang lalu menumbuk bahagian muka dan perut.

“Rakan setugas pengadu yang datang bagi meleraikan serangan terbabit turut ditumbuk di bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, berlaku pergelutan antara pihak polis dan suspek dalam usaha tangkapan tersebut.

Ekoran itu, kedua-dua anggota polis mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan badan manakala suspek hanya mengalami cedera ringan.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif dan hasil semakan mendapati tiada rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Sehubungan itu, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram