Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi begedil sayuran yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan tidak mengguna banyak bahan.

BAHAN
2 biji ubi kentang – dibelah empat dan digoreng
1 tangkai daun sup – dihiris halus
1 batang lobak merah – direbus dan dipotong dadu
5 tangkai kacang buncis – direbus dan dipotong dadu
1 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak

CARA MENYEDIAKAN
1.Ubi kentang yang telah digoreng, ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam bekas.
2.Masukkan sedikit garam, daun sup, bawang goreng, lobak merah, kacang buncis dan serbuk lada sulah.
3.Gaul kesemua bahan sehingga sebati dan bentukkan bulat atau bujur.
4.Celupkan ke dalam telur dan digoreng dengan minyak yang panas.

Resipi : Nazura Zainal Abidin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram