singgang

Resipi singgang ikan kembung ini memang sedap. Sepinggan nasi pasti tidak cukup. Jom ikuti bahan dan cara penyediaan resipi yang mudah disediakan ini.

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung
2 inci lengkuas
2 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
3 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
2 asam keping
Garam
Gula
Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan air secukupnya.
2.Kemudian masukkan lengkuas, bawang putih, bawang merah besar, cili padi, cili merah dan asam keping.
3.Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan reneh sehingga mendidih.
4.Masukkan ikan. Apabila ikan telah masak, angkat dan hidangkan.

@majalahsaji Sedapnya singgang ikan kembung ni. Makan confirm bertambah nasi. #resipi #resipimudah #resipitiktok #ikansinggangkelantan #singgang #fyp #foryou #tiktokmalaysia #saji #utusantv #myfoodie #makanlokal #malaysianfoodie ♬ Aku Lapar by Njiha.Ellando – Najeeha🧞‍♀️

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram