Benar, belajar setinggi mana pun wanita akan tetap masuk dapur. Namun pendidikan akan membezakan dapur jenis apa yang bakal kita diami, dapur mewah yang lengkap dengan segala peralatan, dapur sekadarnya atau dapur yang hanya ada sinki biasa dengan satu tungku. Pilihan di tangan sendiri.

Normalisasikan kegagalan dengan mengatakan belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur, SPM gagal pun bukan penentu kejayaan masa depan seharusnya diubah. Pemikiran sebegini hanya merosakkan masa depan generasi muda.

Pendidikan tidak menjanjikan kekayaan dan kemewahan, namun ia mengubah cara pemikiran dalam menilai kehidupan.

Ikuti perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad.

“#TabungPendidikan

PENDIDIKAN MAKIN TAK PENTING?

1. Ada banyak usaha kebelakangan ini menyampaikan ‘pesan mudah’ bahawa pendidikan itu makin tak penting.

2. Gagal SPM pun kita dengan bangga cerita satu Malaya bahawa SPM dah tak penting. Kita bodoh dan gagal, kita nak semua orang gagal macam kita.

“SPM tak penting bang, gagal pun tak per”

3. Ada ijazah duduk dapur, itulah simbol wanita yang tinggi dan mulia. Belajar tinggi tinggi masih merendah diri masuk kedapur untuk keluarga.

4. Apakah dapur kini menjadi tempat yang hina dalam strata ruang keluarga. Masuk dapur dianggap hina?

“Apakah wanita ada PhD nanti akan rasa terhina masuk dapur nantinya”

5. Pendidikan telah mengubah nasib banyak keluarga didunia. Ramai orang yang kaya dan berjaya mendapat pendidikan yang baik asal.

6. 87% orang kaya yang tersenarai di Forbes mendapat pendidikan hingga ijazah pertama.

Pendidikan tidak menjadikan kita kaya, tetapi mengubah cara kita berfikir dan melihat kemiskinan.

Kawan kawan,

Berhenti normalisasi benda yang kita gagal, kita nak semua orang gagal.

“Aku dulu kahwin muda senang jer, bahagia jer sampai sekarang” .

 Itu sebab kita dapat lelaki baik , bagaimana jika dapat lelaki kulit buaya?

Jangan main pukul semuanya sama.

Menuntut ilmu sangat digalakan dalam hidup beragama.

Hina sangatkan wanita yang tiada suami, sehinggakan tak ada pendidikan lebih baik janji ada laki?

Bila orang marah mentaliti ‘beeforti’ bermentaliti rendah. Kita mudah terhina dan terluka, hakikatnya kita suka hina diri kita sendiri.

Dapur kalau dah macam dapur IKEA, memang selalu kita berkampung didapur kak woi!

Abah Qilah Makan Didapur.”

Sumber : Azizul Azli Ahmad