Ayam masak merah sememangnya adalah lauk yang menjadi kegemaran ramai dan enak dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak. Jom cuba resipi ayam masak merah yang sedap dan mudah disediakan ini.

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:
1ekor ayam – potong 12 bahagian
2 cawan minyak masak
2 sudu kecil serbuk kunyit
1sudu kecil garam atau secukup rasa

BAHAN B:
1 batang serai
2 cm lengkuas
18 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

BAHAN C:
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar tomato puri
1 sudu besar garam
1 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2.Panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga separuh masak.
3.Tumis bahan B sehingga naik minyak
4.Masukan bahan C dan kacau sehingga kuah pekat.
5.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
6.Angkat dan hidangkan.

Resipi: Zakaria Latip dari Endau Beriani Katerers


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram