PELAKON Mona Allen kini tampil berhijab dengan niat perbaiki diri memandangkan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Memetik laporan Mstar, Mona tidak kisah dengan tafsiran netizen mengenai dirinya dan tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk mengenai perubahannya itu.

Mona, atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik agar dipermudahkan dirinya menjadi isteri dan ibu yang baik.

“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu…itulah.

“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.

“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya.

Mona Allen dan Pekin Ibrahim bakal timang cahaya mata sulung

Terdahulu, Mona banyak berkongsi foto dirinya memakai tudung di laman Instagram miliknya yang sekaligus menarik perhatian netizen yang mendoakan supaya terus istiqamah dengan memakai tudung sepenuhnya.

Rakan-rakan artis juga turut memuji imej baharu pelakon kelahiran Sarawak itu.

Untuk rekod, Mona berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 40, pada 7 Disember 2018.