PENYANYI dangdut asal Indonesia, Dewi Persik buat kali ketiga menghadapi episod hitam dalam berumah tangga apabila diceraikan oleh suaminya, Angga Wijaya.

Menurut penyanyi yang lebih mesra dipanggil Depe itu, sehingga kini dia tidak mengetahui punca sebenarnya kenapa dia diceraikan dan meminta media untuk mengajukan soalan itu kepada bekas suaminya.

“Mungkin boleh tanya kepada Angga (Suami) kenapa dia mahu bercerai,” ulasnya ringkas.

Pelantun lagu Indah Pada Waktunya itu turut memberitahu dia sudah cuba menjadi seorang isteri yang baik sepanjang tempoh lima tahun perkahwinan mereka dan mengakui kini hidupnya sedang diuji oleh tuhan.

“Hidup sesiapa pun yang namanya manusia pasti diuji. Bersedia atau tidak pasti akan diuji oleh tuhan. Kan aku yang diceraikan. Jadi aku hanya minta doa yang baik-baik sahaja daripada kalian.

“Aku sudah berikan apa yang dia mahu dengan terbaik, tapi selepas apa yang aku lakukan akhirnya aku diceraikan. Maksudnya dia tidak menerima apa yang aku berikan selama ini. Jadi apa lagi yang boleh dibua? bukan aku yang membuat tuntutan untuk bercerai,” jelasnya memetik laporan CNNIndonesia

Untuk rekod, penyanyi berusia 36 tahun itu telah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum bersama Angga.

Sebelum ini dia telah berkahwin dengan Saipul Jamil pada tahun 2005 namun bercerai pada tahun 2007 kemudian bersama Aldiansyah Taher pada tahun 2008 dan berpisah setahun selepas itu.