amalan musafir Rasulullah s.a.w.

Apabila Baginda s.a.w. akan bermusafir, mengerjakan haji dan umrah atau memulakan perjalanan, lazimnya Baginda s.a.w. akan berdoa kepada Allah agar perjalanannya beroleh rahmat, keberkatan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan.

Dari Ibnu Umar r.a. katanya  

“Apabila Rasulullah s.a.w. telah berada di atas kenderaan hendak melakukan suatu perjalanan, lebih dahulu Baginda takbir tiga kali. Kemudian membaca doa sebagaimana berikut,

Subhanal ladzi sakhkhara lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina, wa inna ila rabbina lamunaqalibun, wa inna ila rabbina lamunqalibun. Allahumma inna nas-aluka fi safarina hadzal birra wat taqwa wa minal amali ma tardha. Allahumma hawwin alina safarana hadza wathwi’anna bu’dahu. Allahumma antash shahibu fis safari wal khalifatu fil ahli. Allahumma inni a’udzubika min wa’tsa-is safari wa kaabatil manzhari wa su-il munqalabi fil mali wal ahli

(Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini bagi kami di mana kami sesungguhnya tidak sanggup menguasainya dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.

Wahai Allah , kami mohon kepada Mu dalam perjalanan ini bagi kami dan dekatkanlah kejauhannya bagi kami. Wahai Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan pengawas bagi keluarga kami. Wahai Allah, aku berlindung dengan kebesaran Mu daripada kesulitan perjalanan daripada pandangan yang mengerikan dan daripada bencana harta dan keluarga setelah kembali).

Ketika pulang Baginda baca doa itu sekali lagi dengan tambahan: Aayibuna, taaibuna aabiduna lirabbina hamidun (Kami kembali, kami taubat serta menyembah Tuhan dan memuji-Nya).

Dari Abdullah bin Sarjis r.a katanya,

“Apabila Rasulullah s.a.w melakukan suatu perjalanan, beliau berlindung kepada Allah dari kesulitan perjalanan daripada kesedihan bila kembali, daripada kesempitan setelah berkecukupan, daripada doa orang yang teraniaya dan daripada pandangan buruk terhadap keluarga dan harta.”

Perjalanan itu setengah seksaan. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Perjalanan itu merupakan setengah seksaan. Tidurmu berkurang, begitu pula makan dan minum. Kerana itu apabila urusanmu telah selesai, segeralah pulang kepada keluargamu.”

Dan, Rasulullah s.a.w. menutupnya dengan

Daripada Abdullah bin Umar r.a katanya,

“Apabila Rasulullah s.a.w kembali daripada peperangan besar atau pun kecil atau kembali daripada haji atau umrah atau beliau berada di puncak sebuah bukit atau tempat tinggi, Baginda takbir tiga kali sesudah itu membaca;

Laa ilaaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir, Aayibuuna, taaibuuna, ‘aabiduuna, saajiduuna lirabbinaa, haamiduuna, Shadaqallaahu wa’dah, wanashar ‘abdah, wa hazammal ahzaaba wahdah.”

(Tidak ada Tuhan selain Allah, Maha Esa Dia tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah kekuasaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya. Kami menghadap kepada-Nya, taubat, menyembah dan sujud; kepada Tuhan kami memuji. Maha benar janji-Nya dan memenangkan hamba-Nya serta menghancurkan semua sendiri-Nya).

__________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare