KARAKTER-karakter kegemaran kanak-kanak terkemuka di Malaysia, Didi, Nana dan Jojo mengajak semua peminat ke Hujung Minggu Bersama Didi & Friends anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan Quill City Mall.

Para peminat siri animasi yang bersiaran di saluran Astro Ceria ini boleh meluangkan masa bersama keluarga mereka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik mulai esok sehingga Ahad ini bermula 10 pagi hingga 9.30 malam.

Berunsurkan kandungan hiburan kanak-kanak yang padat dengan nilai murni dan pengajaran, siri animasi ini seringkali menjadi pilihan setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sekaligus menghiburkan si cilik mereka.

Setiap karakter mempunyai keunikan masing-masing yang memberikan inspirasi kepada kanak-kanak. Untuk mengisi hujung minggu bagi mereka yang meminati siri animasi ini, pihak Astro mengambil peluang untuk mengadakan program yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama Didi & Friends.

Kanak-kanak boleh menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan serta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada Didi & Friends.

Ibu bapa juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Didi & Friends yang hanya boleh didapati di acara tersebut untuk anak-anak mereka. Antara barangan eksklusif tersebut termasuk pelitup muka kanak-kanak Didi & Friends.

Pelitup muka empat lapisan ini mendapat pengesahan SIRIM dan hanya terdapat di acara tersebut. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran mereka pada hari Sabtu (25 Jun) dan Ahad (26 Jun) pada pukul 12.00 tengah hari, 4.30 petang dan juga 8.30 malam.

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, Astro Rewards menawarkan pas foto khas bersama Didi & Friends dan percuma sekotak pelitup muka kanak-kanak eksklusif Didi & Friends kepada mereka yang menunjuk bil kertas atau e-bil Astro mereka satu jam sebelum sesi bergambar bermula. Slot yang disediakan adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang menebus awal.

Aktiviti kemuncak program ini adalah persembahan daripada Didi dan rakan-rakannya yang pastinya akan membuatkan si kecil menyanyi dan menari bersama-sama.

“Sebagai salah satu animasi yang digemari ramai kanak-kanak, kami merasakan bahawa Didi & Friends adalah sebuah program yang mampu mengisi hujung minggu mereka dengan aktiviti-aktiviti yang boleh dinikmati sepenuhnya bersama ahli keluarga.

“Memandangkan negara sudah pun beralih ke fasa endemik, kami boleh mengadakan pelbagai aktiviti interaktif demi peminat-peminat Didi & Friends,” kata wakil Astro, Izrol Izzuddin Ahmad Jamalun Nahar.

“Pihak kami berharap kolaborasi bersama syarikat penyiaran Astro boleh memberikan pengalaman yang menggembirakan buat kanak-kanak serta ibu bapa mereka. Program ini sedikit sebanyak dapat mengisi hujung minggu mereka dengan keseronokan menerusi hiburan tanpa henti daripada Didi & Friends,” ujar wakil Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.

Dalam pada itu, saksikan siri animasi Didi & Friends di saluran Astro Ceria (611) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.

Untuk maklumat lanjut mengenai Didi & Friends, sila layari https://www.warnakala.com/