KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun ini iaitu hari Khamis depan. GAMBAR: Abd Razak Aid

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun ini iaitu hari Khamis depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon sekolah boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan STAM itu daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Bagi calon persendirian pula, KPM memberitahu slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada 30 Jun.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan.

Baca artikel berkaitan: Tiada perancangan kaji semula Sejarah subjek wajib lulus SPM

“Calon-calon boleh berbuat demikian mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun sehingga 6 petang 6 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memberitahu, calon-calon juga boleh membuat semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021.

Katanya, calon boleh menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun sehingga pukul 6 petang pada 6 Julai 2022,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram