SEORANG murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Cheng maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama nenek dan bapa saudara gagal dikawal sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Krubong Tampoi, Paya Rumput dekat Melaka, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden [email protected] Zaki Omar berkata, mangsa Nurul Qalisha Abdul Rahim, 7, yang duduk di tempat duduk belakang disahkan maut di tempat kejadian pada pukul 8.15 pagi.

Beliau berkata, nenek mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan patah tangan manakala bapa saudara yang memandu kereta Perodua Kancil, cedera di kepala.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 70 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Krubong dari Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) manakala kereta Perodua Kancil berada di arah bertentangan.

Jelasnya, ketika di selekoh Kawasan Perindustrian Cheng, secara tiba-tiba kereta tersebut berpusing lalu masuk ke laluan lori tersebut.

“Lori berkenaan tidak sempat mengelak sebelum dirempuh kereta terbabit,” katanya memetik laporan Melaka Hari Ini.

Baca artikel berkaitan : Polis tangkap lima penjenayah dalam tiga serbuan berasingan babitkan pelbagai kes jenayah

Tambahnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala pemandu dan penumpang yang cedera dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Difahamkan, nenek dan bapa saudara mangsa dalam perjalanan menghantar kanak-kanak tersebut ke sekolah.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan itu berlaku hujan lebat dan mempunyai lorong dua hala berselekoh.

“Setakat ini tiada saksi bebas tampil namun rakaman ‘dashcam’ sebuah lagi kereta yang berada di belakang lori berkenaan sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya.

Susulan itu, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram