SIAPA tidak mengenali usahawan produk kosmetik, Kak KM yang terkenal dengan kontroversi melibatkan perilakunya.

Namun, di sebalik kontrovesi panas tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, begitu menyayangi keluarga terutama dalam menyantuni ibunya, Normah Damanhuri yang merupakan pelakon veteran tanah air.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya, Kak KM telah membeli sebuah kereta berjenama Honda dengan bayaran tunai secara penuh.

“Ini pun tak terbalas jasa Mak. Sayanggg Mak!,” tulisnya diruangan kapsyen.

Dalam video yang dikongsikan kelihatan pelakon filem 3 Janda Melawan Dunia mengalirkan air mata saat mendapat tahu anak kesayangannya itu membelikan sebuah kereta baharu untuknya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Macam ni, saya memang dah niat Mak. Kereta Mak ini saya akan hadiahkan untuk Mak.

“Mak jangan lah nangis, ini pun belum terbalas jasa mak tahu,” ujar Kak KM di dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji perilaku Kak KM yang sentiasa menjaga hubungan dengan ibunya selain mendoakan agar usahawan tersebut terus istiqamah memberikan kebahagian kepada keluarnganya.

“Sebab itu rezekinya melimpah ruah, sebab dia dahulukan ibunya. Apa sahaja orang cakap dia tidak ambil peduli. Aku suka cara Kak KM ni dengan keluarga tak berkira.

“Mendahulukan ibu. Redha dia. Terbaik!

“Memang bagus sayang (Kak KM) ni dari dahulu lagi memang utamakan keluarga. Semoga bahagia hingga ke Jannah sayang dan keluarga. Aamin,” komen segelintir netizen yang mendoakan usahawan itu.

Untuk rekod, sebelum ini Kak KM dan adik beradiknya telah menghadiahkan sebuah rumah di kampung halaman pelakon itu.