Mohamad Azhan Md. Amir (depan) melepaskan ikan hampir 700 kilogram spesis patin bersaiz di antara 3-5 kilogram bagi buruan kaki pancing Ahad nanti.

PERTANDINGAN Memancing Petaling Jaya Joran 2022 (PJ Joran) di Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya, Ahad ini bakal memeriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya 2022 yang ke-16.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir berkata, pertandingan itu adalah salah satu acara bersempena sambutan tersebut.

Katanya, juara bakal membawa pulang RM5,000 bersama piala, naib juara RM2,500 dan tempat ketiga sebanyak RM1,500.

“Tempat ke empat hingga 5, hadiah bernilai RM400, manakala tempat keenam hingga ke-10 masing-masing menerima RM200, ke-11 hingga ke-20, RM150, ke-21 hingga ke-30, RM70 dan ke-31 hingga ke-50 akan menerima RM50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, hadiah khas untuk pemenang ikan keli turut disediakan sehingga ditempat kelima.

“Lebih 3 tahun tiada pertandingan di tasik berkenaan dan acara ini adalah kesempatan terbaik buat kaki pancing bertarung melawan ikan seperti Patin, tongsan, toman, haruan, rho, kap, belida, keli dan talapia,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Sultan Selangor titah Persiaran Institut ditukar Persiaran Tun Arshad Ayub

Tambahnya, pertandingan itu juga menjadi platform buat masyarakat sekitar Petaling Jaya dan khususnya kaki pancing dapat berkumpul di tasik tersebut dan pihaknga menyasarkan seramai 700 peserta akan hadir.

“Hasrat MBPJ adalah untuk mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga selain meningkatkan sumber pelancongan dan ekonomi setempat .

“Pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Petaling Jaya dengan aktiviti sihat,” katanya.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM40 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dilakukan Sabtu ini, bermula pukul 3 petang hingga 10 malam dan keesokannya pada pukul 6.30 pagi hingga waktu pertandingan.

Sebanyak 500 baju-T akan diedarkan secara percuma kepada peserta terawal selain berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik dan peralatan memancing.

Acara pelepasan ikan sempena PJ Joran ini telah disempurnakan Mohamad Azhan, pada Sabtu yang lalu melibatkan hampir 700 kilogram spesies patin bersaiz tiga hingga lima kilogram.

Untuk pertanyaan berkaitan PJ Joran 2022 boleh hubungi urus setia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau layari laman sosial facebook.com/jorankl .

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram