Kalau makan nasi bersama lauk pauk pasti tidak lengkap tanpa hidangan sayuran. Kali ini Saji kongsikan resipi brokoli ldaging yang sedap dan dimudah disediakan. Tidak menggunakan banyak bahan dan senang didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
100 gm brokoli
30 gm daging
5 gm sos yunan
30 gm air rebusan daging
1 inci halia – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Daging di rebus. Angkat dan asingkan.
2.Kemudian panaskan minyak dan goreng bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
3.Selepas itu, masukkan daging dan goreng sehingga masak.
4.Masukkan sedikit air rebusan daging bersama-sama dengan brokoli dan sos yunan. Apabila kuah agak pekat, masukkan garam secukup rasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram