SEORANG warga emas ditemui rentung selepas rumah kediamannya di Jalan Sukun, Kampung Kanchong Darat, Banting, hangus dijilat api malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat Shahrin Shukor, 66, ditemui dekat pintu belakang rumah.

“Mangsa dipercayai mahu keluar rumah tersebut melalui pintu belakang,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Jelasnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.17 malam dan mengerahkan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi 17 minit kemudian dan mendapati kebakaran hampir 89 peratus itu melibatkan sebuah rumah kayu,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Polis buru dua lelaki ragut beg tangan dalam restoran dekat Selayang Jaya

Katanya, api berjaya dikawal pada pukul 8.43 malam.

Mengulas lanjut, pihaknya menerima maklumat pada pukul 9.32 malam daripada isteri pemilik rumah yang memaklumkan suaminya berada di rumah sejak petang.

“Hasil pencarian membawa kepada penemuan mayat lelaki yang sudah rentung di bahagian belakang rumah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram