Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin GAMBAR: Abd Razak Aid

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) membuat keputusan menaikkan kadar elaun warden asrama bagi sekolah berasrama di bawahnya berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan, kadar elaun itu akan dinaikkan sebanyak 25 peratus sebulan.

Menurut beliau, kenaikan kadar elaun itu sekali gus menjadikan jumlah baharu bagi ketua warden adalah sebanyak RM350 sebulan manakala RM300 sebulan.

“Seperti mana saya jelaskan sebelum ini bahawa KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik portfolio warden asrama di 1,876 sekolah berasrama bawah KPM.

“Untuk makluman, kali terakhir kadar elaun warden asrama ini disemak adalah pada tahun 1997,” katanya dalam rakaman video yang dimuatnaik ke Facebook beliau, hari ini.

Pada masa sama, Radzi memberitahu, pihaknya juga memutuskan untuk menambah seramai 3,813 lagi warden asrama di seluruh negara.

Katanya, ia merupakan peningkatan sebanyak 63 peratus daripada 6,055 orang kepada 9,868 orang warden.

“Dengan peningkatan jumlah warden asrama ini, maka penggiliran jadual bertugas warden akan dapat dilaksanakan di semua sekolah berasrama bawah KPM.

Baca artikel berkaitan: Keluhan guru warden asrama masih dikaji KPM

“Kedua-dua penambahbaikan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM19 juta, ini merupakan implikasi kewangan tambahan dalam konteks penambahbaikan yang akan dilaksanakan ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak KPM untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan atas kelulusan yang telah diberikan kepada cadangan KPM untuk kedua-dua penambahbaikan ini,” jelas beliau.

Hujung Mei lalu, Radzi memaklumkan, keluhan guru warden asrama termasuk isu elaun rendah masih dikaji KPM untuk mencapai penyelesaian lebih menyeluruh.

Radzi berkata, isu melibatkan keluhan warden asrama bukanlah perkara baharu yang dibangkitkan.

Sebaliknya, beliau berkata, ia merupakan isu yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram