BEKAS Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor iaitu Isham Jalil mengangkat sumpah selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dilantik hari ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang para anggota MKT hari ini.

Mesyuarat MKT berlangsung hari ini di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn dengan dihadiri oleh ahli-ahlinya dan dipengerusikan oleh presidennya, lapor UMNO Online.

Sementara itu, hari ini Ahmad Zahid pula melalui surat telah menamatkan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai salah seorang daripada menjadi ahli MKT parti itu.

BERITA BERKAITAN Tajuddin digugurkan daripada MKT UMNO

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi surat kepada Tajuddin menyatakan mengenai perkara tersebut melalui satu surat bertarikh 21 Jun lepas.

Sebelum ini, Isham, bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Penerangan BN Selangor.

Perkara itu dimaklumkan dalam surat Setiausaha BN Selangor, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman kepada Isham.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram