Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup memaparkan aksi dua orang pemuda menarik sebuah motosikal ke dalam van.

TULAR di laman sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi dua lelaki didakwa mencuri sebuah motosikal dekat Kampung Masjid Masai, Seri Alam,Johor pada pukul 1.30 petang hari ini.

Menerusi rakaman terbabit turut menunjukkan aksi dua lelaki mengangkat sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC sebelum memasukkan ke dalam kenderaan utiliti sukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut bukanlah seperti yang didakwa.

Sebaliknya, motosikal tersebut telah ditarik kerana gagal membayar tunggakan ansuran bulanan.

“Dua lelaki di dalam rakaman tersebut merupakan wakil sebuah syarikat kredit,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelasnya, wakil syarikat kredit terbabit telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Jaya.

Baca artikel berkaitan : Polis jumpa senjata api kedua milik penyamun yang maut ditembak

Pada petang tadi seorang pengguna Facebook telah memuat naik rakaman kejadian tersebut di laman sosial beserta dua keping gambar meminta bantuan orang ramai mencari motosikal yang dikatakan “dicuri”.

@utusantvofficial

Pemilik tak bayar ansuran bulan, kata polis. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Paris – Else

“Assalamualikum minta jasa baik kawan2 tlg cari si penyamun..no plat lc135 v6 jrx 1874..kejadian kul 1:30 ptg Area seri alam, masai Jalan tanjung kampung masjid masai,” tulisnya hantaran Facebook itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram