Resipi nasi tomato ini memang sedap dan menyelerakan. Sesuai disajikan untuk seisi keluarga. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN-BAHAN:
20 gm bawang putih
30 gm bawang merah
30 gm bawang besar
30 gm minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2.5 cm kulit kayu manis
250 gm beras basmati
200 ml cawan air
30 ml susu cair
30 gm pes tomato

CARA MENYEDIAKAN:
1.Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
2.Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga serta masukkan pes tomato.
3.Apabila naik bau masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air, susu dan garam. Biarkan hingga mendidih.
4.Apabila telah kering, kecilkan api. Tutup periuk sehingga nasi masak.
5.Apabila masak, angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram