Bagi peminat serawa durian, resipi serawa pulut durian ini wajib anda cuba. Resipinya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN PULUT:
300 gm beras pulut
250 ml santan
Sedikit garam
BAHAN SERAWA:
5 ulas durian
400 ml santan
100 gm gula
3 helai daun pandan
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Beras pulut direndam selama 2 jam. Angkat dan tuskan. Kukus selama 25 minit. Angkat gaulkan dengan santan dan sedikit garam. Kukus semula sehingga masak. Ketepikan.
2.Untuk buat serawa, satukan ke semua bahan serawa di dalam periuk. Kacau sehingga pekat.
3.Hidangkan dengan pulut.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram