Tinjauan harga barangan basah seperti sayur-sayuran, ayam dan telur berikutan kenaikan harga barang di sekitar Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), KBS mengambil langkah proaktif menggerakkan belia sebagai sukarelawan yang akan memainkan peranan di lapangan bagi memantau sebarang eksploitasi kenaikan atau lonjakan harga di pasaran.

Jika mengesan eksploitasi harga, pasukan tersebut akan melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKTA 723).

“Ini adalah selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan yang melibatkan pemberian subsidi ke atas beberapa makanan asas,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden MBM, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid dalam satu kenyataan akhbar bersama hari ini.

Kementerian yakin kerjasama strategik bersama MBM tersebut mampu menggerakkan golongan belia bagi membantu kerajaan untuk memastikan kepentingan pengguna adalah dilindungi dan terpelihara, kata Ahmad Faizal.

Katanya, untuk tujuan tersebut, Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama MBM akan mengaktifkan sukarelawan belia di seluruh negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare