Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (tengah) bersama Pewaris Mutlak Silat Cekak, Dr Md Radzi Hanafi (dua dari kiri) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Self Defense Awareness (Sedar)@Jihad Dadah di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur. GAMBAR: Urus setia program SEDAR.

SERAMAI 700 warga komuniti Kuala Lumpur dan ahli Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi Malaysia) hadir memeriahkan Program ‘Self Defence Awareness’ (SEDAR @ Jihad Dadah) yang berlangsung di Wangsa Walk Mall, hari ini.

Program terbabit berlangsung dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Program SEDAR tersebut dijalankan bagi memupuk kesedaran orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan jenayah di sekeliling dan cakna akan teknik asas mempertahankan diri.

Majlis bermula dengan ucapan daripada Guru Utama merangkap Pewaris Mutlak Silat Cekak, Kolonel Kehormat (PA) Dr Haji Md Radzi Haji Hanafi.

Dalam amanatnya menekankan bahawa seni silat adalah salah satu cara menghindarkan diri dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Seterusnya, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut menyampaikan ucapan selanjutnya merasmikan program SEDAR @ Jihad Dadah.

Baca artikel berkaitan : Pengekalan tarif elektrik akan sokong perniagaan, ekonomi – Ahli ekonomi

Beliau menyarankan semua pihak terutama Institut Pengajian Tinggi (IPT), sekolah-sekolah, agensi-agensi Kerajaan, pihak swasta dan juga komuniti setempat untuk memberi sokongan kepada Pusaka Hanafi Malaysia, PDRM dan AADK dalam menjayakan program terbabit.

“Jihad yang dimaksudkan dalam program ini adalah kesedaran serta perjuangan masyarakat dalam menggembleng usaha dan tenaga dalam memantapkan sinergi keselamatan secara pendekatan pro-aktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah komuniti, terutamanya jenayah narkotik yang boleh dibendung di peringkat komuniti khususnya golongan belia dan anak-anak kita,” katanya dalam ucapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram