Tangkap layar rakaman video yang memaparkan aksi tembak menembak antara suspek dan pengawal keselamatan.

POLIS menafikan satu klip video tular mendakwa berlaku kejadian berbalas tembakan antara suspek dan pengawal keselamatan di kawasan Bukit Tinggi, Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan rakaman kejadian tersebut pada pukul 10 pagi tadi.

Jelasnya, kejadian tersebut sebenarnya berlaku di sebuah negara Amerika Latin.

“Polis ingin memberi amaran keras kepada orang awam agar tidak menularkan apa-apa maklumat yang tidak benar ke media sosial sehingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu kejadian sebenar berlaku di Bank Sicoob di bandar Sao Mateus do Maranhao, Brazil, Isnin lalu.

Baca artikel : Motosikal kena tarik bukan dicuri dua lelaki

Penjenayah bernama Nilton Cesar Silva Aguiar berusia 42 tahun telah ditembak mati.

Rompakan tersebut dilakukan bersama dua lagi rakan yang berjaya melarikan diri selepas gagal.

Menurut laporan akhbar tempatan pengawal dalam kejadian itu cedera di lengan dan telah menerima rawatan di hospital.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram