Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya berucap pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 350 penyertaan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2021 sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, jumlah itu sekaligus menunjukkan kesediaan pengamal media untuk berdaya saing secara sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Datuk Sazali Hamzah bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya beramah mesra dengan sebahagian pemenang selepas menyampaikan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2021 pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut beliau, penyertaan daripada organisasi media alam maya dalam HKM 2021 turut menggambarkan landskap baharu media dan kewartawanan dalam negara ketika ini.

“MPI berasa bangga apabila penyertaan MPI pada tahun ini tidak lagi dikuasai oleh media legasi atau tradisional.

“Malah, kami MPI tidak lagi melihat karya-karya yang dihantar untuk menyertai HKM berdasarkan media tradisional atau digital tetapi berdasarkan platform,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Datuk Sazali Hamzah bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya bergambar bersama pemenang selepas menyampaikan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- Petronas 2021 pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Hawana Melaka 2022 detik luar biasa untuk media Malaysia

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Wartawan Malaysia 2021 di Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Datuk Sazali Hamzah

Mengulas mengenai pemilihan pemenang HKM, Chamil berkata, MPI menyerahkan sepenuhnya kepada sebuah panel hakim yang bebas.

Jelas beliau, panel hakim melihat semua aspek meliputi kandungan, kualiti maklumat, pengembangan naratif atau penceritaan, keaslian karya dan sebagainya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram