Resipi kacang panjang goreng bertelur ini memang sedap. Tidak menggunakan banyak bahan, resipi ini juga mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
7 tangkai kacang panjang – potong 4 cm
2 ulas bawang putih – hiris
1 tangkai cili merah – hiris kasar
1 batang lobak merah – hiris
2 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit air
80 ml minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan kacang panjang dan sedikit air.
3.Kemudian pecahkan telur dan biarkan seketika. Setelah telur beku, barulah gaulkan sebati.
4.Masukkan sedikit serbuk kunyit, lobak merah dan cili merah.
5.Tambahkan garam secukup rasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram