Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ayam kampung masak ungkep yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung – potong 8
175 ml minyak masak
3 sudu besar ketumbar – kisar kering
1 sudu besar jintan manis – kisar kering
2 sudu besar air asam jawa
500 ml santan
2 sudu kecil garam
250 ml air

BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:
1.Sangai sebentar ketumbar dan jintan. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan ketumbar dan jintan manis. Tumis sehingga hingga agak garing.
3.Masukkan ayam bersama air asam jawa dan air. Tutup periuk, didihkan perlahan hingga setengah masak.
4.Masukkan santan dan garam. Masak lagi sehingga empuk.

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram